Soalan yang dijawab… (Insha’Allah)

BismilLah ir-Rahman ir-Rahim

Saya telah menerima email mengenai pertanyaan Khalifah Method dan ingin berkongsi di blog ini dengan harapan ia juga boleh membantu pembaca yang lain.

Assalamualaikum…
Saya berminat sangat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Khalifah method nih… Saya dibesarkan dengan pendidikan kebangsaan yang mana pendidikan agama hanya cukup-cukup makan sahaja… Anak-anak saya pun akan mengalami pembelajaran yang sama… Kalau boleh saya nak cari alternatif lain… Mungkin dengan mendalami Khalifah method ni, akan ada pembaharuan yg lebih islamik untuk anak anak saya… insyaAllah…

Ini jawapan yang telah saya berikan…

Thank you, may Allah bless you! Saya sangat sudi untuk berkongsi pengetahuan saya setakat mana yang saya mampu, Insha’Allah.

Saya sebenarnya pun berlatar belakang sama; pendidikan agama yang cukup-cukup sahaja. Sebenarnya, kita sudah lama terpedaya dengan helah Shaitan; Islam sepatutnya tidak dipelajari sebagai pendidikan agama tetapi lebih patut dikenali sebagai ‘deen’ atau cara hidup yang sebenar.

Inilah yang pertama kita harus buat- mengubah persepsi kita mengenai Islam. Apabila anak-anak melihat kita hidup Islam, sebenarnya mereka sedang mempelajari pendidikan agama. Jadi, usaha kita harus bermula semasa anak kita masih kecil.

Bagi saya, formula Khalifah Method sangat berkesan untuk mencapai perubahan persepsi kepada yang berpandukan Islam, iaitu;

“Apabila individu atau kumpulan diberi 2 perkara:

1.  pandangan alam (tassawur) yang positif, tepat dan bermotivasi iaitu Islam (fahaman mendalam berlandaskan Al Quran dan Sunnah)

2.  pemahaman mendalam mengenai Hukum Pembelajaran (bagaimana manusia berkembang/develop)

maka, individu atau kumpulan itu akan bergerak secara semulajadi ke arah yang baik dan benar.”

Setiap anak lahir dalam keadaan fitra (Surah At-Tiin,ayat 4 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”) dan anak kita berhak dilihat oleh kedua ibubapanya sebagai seorang yang mempunyai potensi untuk baik dan cemerlang dari segi mental, emosi, keruhanian dan fizikal.

Adalah sangat tidak adil bagi kita, ibubapa, melabelkan anak kita sebagai ‘bodoh’, ‘tak guna’, ‘malas’ dan sebagainya jika kita sebenarnya telah gagal untuk mendidik dan membesarkan anak kita dengan betul menggunakan cara yang berhikmah. Jika untuk mengajar anak untuk cintakan solat diberi masa selama 3 tahun, tentunya untuk mengajar anak dalam perkara lain juga sepatutnya diberi masa yang lama kerana setiap perubahan yang berlaku harus melalui Proses Pembentukan.

Jadi, binalah tassawur Islam yang berpandukan sepenuhnya Al Quran dan Sunnah Rasulullah salla Allah alahyi wasalam dahulu. Kemudian, sediakan persekitaran rumah untuk semua ahli keluarga mula hidup sebagai khalifah. Sebagai contoh:

  • Kurangkan penggunaan televisyen di rumah dan tutup terus waktu Maghrib (waktu-waktu solat lain juga sangat bagus)
  • Sediakan buku-buku/ bahan bacaan Islam untuk kanak-kanak
  • Awasi program-program TV yang anak-anak suka tonton. Tegur jika rancangan itu mengandungi unsur syirik dan boleh melemahkan aqidah anak-anak. Contohnya: Harry Potter. Surah Al Baqarah, ayat 102 “Sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, dia tidak akan mendapat bahagian yang baik di akhirat…” Cubalah lihat perkataan program TV itu sendiri- menunjukkan ia sebenarnya ‘memprogram’ minda anak kita!
  • Sentiasa peka dengan perbuatan anak-anak. Tegur (dengan lembut dan berhikmah) dengan serta-merta jika anak melakukan sesuatu yang tidak baik dan beri pujian dengan serta-merta jika anak melakukan sesuatu yang baik atau menahan daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.
  • Banyakkanlah membaca Al Quran di rumah (bersama keluarga atau sendiri) supaya anak biasa mendengar ayat Al Quran dan berceritalah tentang latar belakang surah yang sedang dibaca supaya anak nampak Al Quran merupakan panduan hidup yang realistik dan senang diikut. Contohnya, kita membaca Surah Al Fil dan menceritakan tentang serangan Abraha ke atas Makkah dan kaitannya dengan Nabi Muhammad salla Allah alahyi wasalam-baginda dilahirkan pada tahun itu.
  • Mengaitkan setiap ciptaan kepada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta. Ini boleh membina konsep tauhid dalam diri anak-anak. Contohnya, saya dan anak-anak sedang melihat bunga di taman dan saya menunjuk kepada bunga matahari dan berkata “Ini bunga matahari. Allah yang Mencipta bunga cantik ini. Terima kasih, Allah, kerana cipta bunga cantik ini.”

Cubalah dahulu cadangan saya ini. Insha’Allah, saya cuba terangkan langkah-langkah seterusnya nanti. Semoga Allah menyenangkan usaha ibubapa membesarkan anak sebagai kholifah dengan berjaya. Ameen.

Sharena Abdullah Fennessy

Advertisements

About Sharena

My experiences as mother to Adam and Daniel, wife, daughter , teacher, trainer and friend has enriched my life to the fullest. Life is a journey of small steps through love, tests and contentment; fulfilling our role as khalifah makes it even more challenging and satisfactory.
This entry was posted in Dr Muhammad al'Mahdi, Khalifah Method, Khalifah Parenting and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Soalan yang dijawab… (Insha’Allah)

  1. kakchik says:

    Assalamualaikum Cher.
    Walaupun kakchik belum punya anak sendiri, tapi kaedah ini juga yang cuba kakchik beritahu kepada adik-beradik yang lain terutama yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
    Kakchik juga praktikkan semampu mungkin pembinaan tasawwur Islam dalam keluarga kerana sekarang ni kakchik tinggal bersama ibu bapa dan 2 orang adik. Seorang sudah berkeluarga dengan 4 orang anak dan seorang lagi masih bujang.
    Cabarannya memang kuat terutama bila mahu mempastikan tv tidak dipasang di waktu Maghrib. Waktu lain jarang tv dibuka.
    kakchik ceritakan pada adik tentang kaedah Khalifah tapi belum berjaya membuatkan dia mahu mengetahuinya dgn lebih lanjut.

    • acespiretribe says:

      Wa’alaikumusalam. Tahniah, Kak Chik kerana berusaha berkongsi pegetahuan bersama ahli keluarga yang lain.

      Sebenarnya, dalam apa-apa perubahan keperibadian yang berlaku, ia akan lebih berjaya jika orang itu sendirilah yang memilih untuk berubah. Kita tidak boleh memaksa, itulah berkesannya firman Allah subhana wa ta’ala dalam Surah Al Nahl, ayat 125 “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”

      Mulakanlan dahulu dengan menonjolkan keperibadian yang cemerlang dalam diri sendiri, supaya senang diambil sebagai teladan (qudwa) yang baik. Lebihkan usaha bersama anak-anank kecil kerana mereka lebih dekat dengan fitrah jadi senanglah mereka pilih untuk jadi baik, Insha’Allah.

      Semoga Allah memberi ketenangan dan kesabaran kepada Kak Chik dalam usaha membentuk keluarga muslim sejati. Ameen.

  2. assalamualaikum.tahniah kepada kak chik kerana sudah berkongsi pengetahuan bersama keluarga…tahniah sekali lagi kepada kak chik.semoga kak chik diberikan kesabaran dan kesenangan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s