Khalifah Method: Aplikasi Berkesan untuk Ibubapa dan Guru

BismilLah ir-Rahman ir-Rahim

Saya menerima permintaan untuk berkongsi aplikasi Khalifah Method di dalam membesarkan anak/pelajar dengan berkesan.

Pertama sekali, ingin saya berkongsi pengalaman pertama saya menggunakan Khalifah Method dengan anak saya yang sulung. Ketika itu, dia berumur 4 1/2 tahun dan gemar menonton kartun. Suatu hari, saya duduk bersama dia menonton kartun ‘Mucha Lucha’ (Mexican wrestling) di Cartoon Network. Saya tegur dia sebab kartun itu mengandungi unsur-unsur keganasan lalu mengajak dia menukar ke kartun lain.

Beberapa hari kemudian, ketika saya sedang memasak, anak saya masuk ke dapur membawa remote control lalu meminta saya menukar saluran TV kerana ‘kartun yang ganas itu sedang disiarkan‘. Masha’Allah, saya terkejut dia masih ingat tetapi saya terus ucapkan terima kasih kepada dia kerana memilih untuk tidak menonton kartun itu dan menukar ke rancangan kartun yang lain.

Ketika itulah, saya sedar betapa berkesannya Khalifah Method dalam mendidik anak-anak berfikiran secara logik dan rasional. Mereka diajar menganalisa sesuatu situasi dan membuat pilihan yang tepat dan baik. Ini sebenarnya akan membantu mempertahankan iman, akhlaq dan aqidah mereka daripada pengaruh-pengaruh negatif dan jahat kelak.

Where the world heading unless we return to Islam (submission to the Will of Allah)

Untuk memulakan aplikasi Khalifah Method dengan anak-anak/pelajar, ingatlah dahulu bahawa setiap insan dilahirkan dalam keadaan fitrah (naluri semulajadi untuk inginkan kebaikan/kecemerlangan). Allah subhana wa ta’ala telah menjadikan setiap insan baik ; Allah berfirman dalam Surah At-Tiin, ayat 4 ‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya’. Jadikanlah ayat ini sebagai pegangan setiap kali kita berasa tidak puas hati dengan anak/pelajar kita atau kita tidak merasai anak/pelajar itu boleh menjadi baik.

Keberkesanan Khalifah Method dalam mendidik anak-anak berlandaskan formula ini:

Apabila individu atau kumpulan diberi dua (2) perkara, iaitu;

  1. pandangan alam (tasawwur) yang positif, tepat dan bermotivasi (Islam difahami melalui Al Quran and Sunnah iaitu contoh Nabi Muhammad salla Allah alayhi wasalam)
  2. pemahaman mendalam mengenai Hukum Pembelajaran (Proses Pembentukan, Pengukuhan Pengaruh Positif, Ganjaran dan Hukuman, Kawal Diri)

maka, individu atau kumpulan itu akan bergerak secara semulajadi (fitrah) ke arah yang baik dan benar.

Ibubapa/ Guru perlu memastikan persekitaran dan orang-orang di sekeliling anak/pelajar itu memberikan pengaruh yang baik kepada anak/pelajar kerana manusia senang belajar daripada apa yang dia selalu lihat atau orang yang dia sukai/kagumi. Ini dikenali sebagai ‘modeling’. Sebelum kita boleh melihat anak/pelajar kita mencapai akhlaq atau perubahan yang kita kehendaki, kita perlulah tonjolkan akhlaq atau perubahan itu dalam diri kita dahulu.

Bila ikut yang salah, ini yang akan berlaku...

Kemudian, ibubapa/ guru boleh mengajar kepada anak/pelajar peranan dia sebagai khalifah, seperti yang diwahyukan dalam Al Quran, Surah Al Baqarah, ayat 30 ‘Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi” Istilah khalifah ini bermaksud ‘wakil yang dipertanggungjawabkan mentadbir bagi pihak Raja/ Ketua’. Selalulah menggunakan istilah ‘khalifah’ ini apabila berkomunikasi dengan anak/pelajar. Jadikan sebagai tabiat menyebut ‘khalifah’ apabila bercakap dengan anak/pelajar.

Jadi manusia telah diberi tanggungjawab oleh Allah subhana wa ta’ala untuk mentadbir dunia ini menggunakan kebolehan-kebolehan yang diberi oleh Allah (Surah Al Hijr, ayat 29) tetapi kita harus ingat untuk mentadbir mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah subhana wa ta’ala di dalam Al Quran dan contoh (Sunnah) RasululLah salla Allah alayhi wasalam.

Tiga (3) tanggungjawab seorang khalifah:

  1. Sempurnakan diri (Jadikan diri baik)
  2. Sempurnakan masyarakat (Bantu orang lain jadi baik)
  3. Sempurnakan dunia fizikal (Jadikan dunia fizikal bersih dan terurus)

Adam diajar tanggungjawab mengemas ketika berumur satu tahun lebih

Ajarkan anak/pelajar peranan dan tanggungjawab mereka dengan cara yang bermotivasi dan seronok. Seperti contoh, saya bercerita dengan anak-anak saya tentang Siti Hajar yang berlari-lari mencari air kerana anaknya Ismail kehausan. Dari cerita ini, anak-anak saya belajar betapa pentingnya air dan kita tidak boleh membazir air. Suatu petang, anak saya yang berumur lebih kurang 3,4 tahun datang memberitahu saya ada pili (tap) dalam bilik air yang tidak ditutup rapi dan airnya sedang mengalir. Masha’Allah! Kagum saya melihat keprihatinan anak saya bertanggungjawab supaya tidak berlaku pembaziran air di rumah kami.

Apabila kita melihat anak/pelajar melakukan sesuatu yang baik, kita harus terus memberi ganjaran kepada dia. Ganjaran kita boleh berbentuk kata-kata pujian (Alhamdulillah! Baiknya/Bagusnya anak mak…/Thank you, may Allah bless you for…), senyuman bangga, anggukan bangga/ thumb’s up/ Hi-five, pelukan/ ciuman mesra atau sesuatu hadiah seperti stiker, gula-gula. Ganjaran daripada ibubapa/ guru kepada anak/ pelajar di atas perubahan baik yang mereka lakukan itu boleh menjadikan dia ingin selalu melakukan perbuatan baik itu, Insha’Allah. Beri ganjaran juga apabila anak/ pelajar menahan daripada melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik.

Ganjaran pelukan mesra ketika anak belajar membaca

Bagi memastikan perubahan positif berlaku untuk jangka masa yang lama, ibubapa/ guru harus meletakkan batasan (boundaries) yang munasabah serta melaksanakan batasan-batasan itu dengan konsisten melalui cara tegas tetapi berhikmah (Kind Discipline) Jika ingin tahu bagaimana cara melaksanakan batasan dengan tegas tetapi berhikmah, ingat sahaja cara RasululLah salla Allah alayhi wasalam! Baginda sentiasa lembut dengan kanak-kanak dan memberi tunjuk ajar dahulu kepada anak itu sebelum memberi apa-apa hukuman. Di sinilah Kawal Diri para ibubapa/ guru memainkan peranan yang penting. Pastikan kita tidak berada dalam keadaan yang marah ketika melaksanakan batasan/ memberi hukuman. Cara Sunnah ialah

  • Mengucap A’udzubilLah pada saat kita marah/ naik angin
  • Keluar dari bilik/ jauhi orang yang kita marahi
  • Minum air
  • Duduk jika berdiri ketika marah; baring jika sedang duduk ketika marah

Apabila kita sudah tenang, kembali kepada anak dan terangkan secara logik dan rasional kenapa perbuatannya itu tidak baik, terangkan kesan yang mungkin boleh berlaku disebabkan perbuatannya itu dan cuba dapatkan persetujuan daripada anak/pelajar untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi. Percayailah anak/pelajar itu akan melakukan apa yang telah dipersetujuinya tetapi jika dia masih melakukannya, terangkan kepada anak/pelajar itu bahawa ibubapa/ guru mempunyai hak untuk melaksanakan hukuman dan dia harus menerima hukuman itu supaya dia belajar bertanggungjawab ke atas tingkah-lakunya sendiri (Accountable for his own actions).

Sabar dan Istiqamah bantu anak berubah. Beri tunjuk ajar dengan baik.

Sepanjang proses perubahan yang sedang berlaku, cuba jangan anggap anak/pelajar itu tidak boleh berubah. Sabar dan istiqamah membantu dia melihat potensi khalifah dalam diri anak/pelajar itu dan berzikirlah supaya kita sentiasa sabar dan tenang menunggu anak/pelajar kita berubah. Cuba biasakan untuk tidak meletakkan harapan (expectations) yang terlalu tinggi/ tidak munasabah ke atas anak/pelajar kerana sesuatu perubahan harus melalui tahap-tahapnya yang sendiri. Ingat anak/pelajar itu (dan ingat kita juga!) seorang khalifah Allah di muka bumi ini.

Semoga Allah subhana wa ta’ala memberi kesenangan dan tunjuk ajar kepada para ibubapa dan guru melaksanakan Khalifah Method dengan anak-anak serta pelajar, Insha’Allah. Ameen.

Advertisements

About Sharena

My experiences as mother to Adam and Daniel, wife, daughter , teacher, trainer and friend has enriched my life to the fullest. Life is a journey of small steps through love, tests and contentment; fulfilling our role as khalifah makes it even more challenging and satisfactory.
This entry was posted in Beautiful Islam, Dr Muhammad al'Mahdi, Human Development, Khalifah Method, Khalifah Parenting, parenting and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Khalifah Method: Aplikasi Berkesan untuk Ibubapa dan Guru

  1. tasuke says:

    salam.

    adakah cara ini cara terbaik dalam membesarkan anak-anak.pernahkah tuan/puan mengambilkira pandangan anak-anak.

    membesarkan anak bukan lah satu eksperimen.

    nabi s.a.w mengajar kita seperti berikut:

    1. peringkat kanak-kanak yang belum mumayyiz ->sayangi mereka sepenuh hati dan berikan kasih sayang.contohnya mengapa nabi tidak marah ketika Hassan dan Hussin mengganggu baginda ketika solat.Kerana ketika itu Hassan dan Hussin belum mumayyiz

    2. Peringkat kanak-kanak yang mumayyiz sehingga akil baligh->mendidik dengan disiplin,tegas tetapi dalam masa yang sama ada reasoning

    3. Peringkat akil baligh sehinggga dewasa-> memberi guidelines dan melayan anak-anak seperti rakan-rakan sendiri,

    testimoni:kaedah ini dijalankan oleh ayahanda saya sendiri.dan alhamdulillah ianya terbukti kepada kami 7 beradik.Alhamdulillah kami semua berjaya pada hari ini.

    saya kurang bersetuju apabila kanak-kanak seusia seperti dalam gambar tersebut sudah diajar menyapu sampah atau mengemas rumah.kebanyakan kita suka apabila anak-anak kita baik dihadapan kita.tapi tahukah kita apa yang anak-anak kita lakukan dibelakang kita?

    tentang anak yang ke dapur mencari ibu utk menukarkan siaran “keganasan” tersebut,pada pendapat saya itu bukan lah kesan khalifah method.itu hanyalah norma semulajadi seorang kanak-kanak yang sememangnya mudah diprogramkan.tetapi,adakah puan pasti,program itu kekal dalam minda anak itu setelah ia mumayyiz kelak?

    • Mohd Nadzri says:

      Assalamualaikum

      Tuan / Puan perlu baca ini http://saifulislam.com/?p=7345
      untuk tahu asal usul Khalifah Method ini.

      Tidak dinafikan apa yang di aplikasikan oleh orang tua kita dahulu menghasilkan kita sekarang yang kita kira sebagai berjaya. Namun disatu sudut lain, pembelajaran itu bukan hanya jumud pada satu pendekatan, kepelbagaian juga perlu disebabkan berubah masa dan zaman.

      Benar pendekatan dan saranan Rasulullah saw itu merupakan yang terbaik. Khalifah Method juga tidak dilihat menyalahi saranan Rasulullah saw.

      Tentang di datangkan contoh anak berumur 1 tahun yang SEDAR akan tanggungjawab sebenarnya tidaklah menyalahi fitrah. Khalifah Method hanya ingin mencetuskan SEDAR itu. Seterusnya usaha untuk mengekalkan SEDAR. Sebabnya, kita yang dewasa ini pun kadangkala TAK SEDAR. Contoh, kita sedar tak yang kita langkah guna kaki kiri waktu kita keluar rumah dan kaki kanan waktu kita masuk rumah?

      Kesedaran itu yang cuba dicetuskan dan dikekalkan.

  2. Pingback: Khalifah Method: Tips 1 | Brainy Young Caliph

  3. Pingback: 2010 in review « Acespiretribe's Blog

  4. raylis says:

    Assalaamu’alaykum,

    Jazzakillaahu khayran kathira for this post. Very informative, mashaa Allaah.

    Do you know if we can ‘learn’ this method, as parents?

    Wassalaam

  5. Pingback: [ALIMKIDS] Khalifah Method: Tips 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s